Critical Story Revealed

NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP)


Pernah dengar pasal ni Bro? Tujuan NLP ialah memprogramkan minda seseorang seperti membina perilaku positif. Ikutkan pengetahuan saya ramai tokoh besar dari Barat menggunakan kaedah serta teknik ni. Salah satu contoh tokoh besar sukan golf menggunakan kaedah ni dalam kerjaya beliau. Saya dapat info dari banyak buku penulisan tokoh dan info dari ICT. Berkesannya teknik ni kita boleh lihat pencapainya tokoh golf tersebut, sangat hebat beliau memenangi banyak competition besar dan meraih pulangan kewangan yang besar. Sangat cemerlang.


Ikutkan pengalaman saya belajar dan menggunakan teknik ni teknik ni ibarat macam
"mind drug" -dadah minda apa tu? haha....
Otak manusia macam sama dengan Hard Disk komputer. Ia boleh diprogramkan untuk membolehkan tubuh fizikal melakukan kerja dan memiliki skill kerja yang effective.
Contoh macam ni, cuba korang fikir apa kerja yang bermanfaat yang korang sangat benci nak buat. Bila korang buat korang akan rasa mengantuk, benci, sakit hati, meluat dan rasa nak jadi kambing lebih baik dari manusia haha... kelakar beb.

Tapi program NLP boleh tukar semua tu menjadi Aktiviti kerja tersebut sangat menyeronokkan, membuatkan anda gembira dan cool. Rasa ketagihan untuk berkerja sampai pukul 4 pagi. Sangat exited nak kerja macam bermain permainan yang menyeronokkan. Teknik ni saya confirm berkesan sebab saya apply sendiri. Memang cool. Saya ada 7 mentor dalam program ni. Saya jumpa sesetengahnya untuk belajar teknik ni dan ada sesetengahnya saya rujuk melalui penulisan(information) diaorang semua.

But Before that There is CRITICAL situation. This program has a  side effect.

Side effect  senang saya cerita macamni supaya anda boleh faham dengan senang. Pernah dengar Tentera ELITE iaitu pasukan tentera yang berkepakaran tinggi. Untuk menjadi skuad tersebut harus melalui training yang sangat lasak, Brutal training dan sangat mencabar. Individu yang melepasi training ni akan mempunyai kekuatan minda dan fizikal yang luar biasa. Of course kesabaran dan ketabahan yang tinggi apabila di medan pertempuran.

Apa yang saya pernah lalui ialah apply NLP ni sampai satu tahap mental akan jadi sangat lemah dan fizikal akan jadi sangat lemah juga. Segala aktiviti kerja jadi sangat sukar dan fuhh tertekan dan tension yang teramat sangat. Saya merujuk kepada yang pakar dalam NLP program ni. Mereka cakap memang semua student NLP akan melalui situasi tersebut untuk mencapai tahap yang tinggi. Memang betul, sampai satu masa akan terasa Minda Dan Fizikal jadi sangat kuat. Segala perkara akan jadi sangat mudah. Minda akan jadi sangat kreatif dan segala kerja akan jadi sangat mudah. Ini kerana minda dan fizikal kita telah membiasakan diri dengan keadaan yang sangat extra super mencabar. Bila kita membiasakan diri dengan perkara mencabar perkara tersebut jadi sangat senang.

So satu lagi jika berlajar teknik mesti merujuk kepada GURU atau mentor. Kerana teknik ni memerlukan pemantauan dari orang lain. Jangan melakukan secara bersendirian kerana bimbang anda tersilap langkah. Diibaratkan macam ni, pisau jika digunakan dengan betul akan menghasilkan hasil baik dan jika sebaliknya akan memudaratkan.

Comments

Muttallif said…
Ohh...ada juga Teori NLP. Saya Baru tahu...Teori yang menyebabkan neuro kepala bertindak seperti sangat aktif yang menyebabkan tubuh bertindak balas kepadanya.

Tapi seperti latihan tentera yang telah disebut, bagaimana pula latihan tersebut dilakukan dengan belajar dan berkerja? Dengan melakukan banyak banyak kerja pada satu-satu masa sehingga menjadi sangat tension dan stress?

Sebab latihan tentera juga begitu. :)
Fid"s said…
For taliff,
maksud latihan tentera elite tu macamni. Ia perumpamaan dimana saya mengalami perubahan bahan kimia dalam otak. Saya bukan skuad tentera haha, saya tak pernah daftar masuk tentera pun.
So bila belajar NLP saya terasa fikiran jadi sangat lesu diikuti dengan kelesuan fizikal.
Muttallif said…
Oh...apakah latihan yang dilakukan dengan NLP? pernah mencuba?
Fid"s said…
yes... memang saya praktikkan bro.
anda boleh survey untuk tahu pasal ni dengan taip keyword NLP kat mana-mana enjin pencari.

Popular Posts