Bangsa Jepun


Penulis dapat Inspirasi dari video di atas untuk merasai situasi perang Dunia kedua.

Saya dapat info dari salah satu sumber berkaitan kehebatan bangsa Jepun di mata dunia. Bangsa jepun terkenal dengan budaya "Keisan" iaitu gila kerja.
Semangat berkerja berpasukan,gaya berfikir, dan gaya bekerja yang bersungguh-sungguh menjadikan bangsa Jepun antara yang mengkagumkan dari segi pencapaian dan hasil dari segi ekonomi.Kini dari segi pendapatan tahunan negara, Jepun mengekori rapat dibelakang pencapaian negara kuasa ekonomi besar dunia.
Kekurangan orang Jepun dari segi berfizikal kecil, tidak fasih berbahasa Inggeris dan sering dilanda bencana alam tidak menghalang bangsa Jepun untuk menjadi antara yang bangsa paling dihormati dunia.
Selepas serangan Salah satu kuasa besar pada 1945, semua pakar ekonomi mengjangkakan Jepun akan terus musnah. Namun bangsa tersebut mampu bangkit semula dan menyaingi ekonomi negara yang menyerangnya. Dari segi teknologi tertentu, Jepun lebih hebat dari Kuasa besar dunia yang lain. Kita semua boleh meniru dari segi sikap dan gaya berfikir bangsa tersebut untuk kebaikan.

Comments

Muttallif said…
Saya memang bangga dengan budaya jepun. Dan tahu macam mana mereka mampu bangkit semula?

Mereka semua kerja hanya untuk mendapatkan gaji (segumpal nasi) tapi mempunyai cita-cita besar untuk membangunkan negara mereka bersama-sama.

Popular Posts