Comfort Zone

Zon selesa vs kemajuan
Saya mendapat info dari bahan bacaan tak lama dahulu. Terdapat seorang ahli perniagaan dari US (Amerika syarikat) yang memiliki aset perniagaan berbilion dollar menghalau anak perempuannya dari rumah kerana meminta duit untuk mengubahsuai dapur.
Pada pendapat anda kenapa ahli perniagaan tersebut menghalau anak kesayangannya sedangkan duit tersebut terlalu sedikit jika dibandingkan dengan aset berbillion dollar yang dimiliki? Tak masuk akal kan?
Bagi pendapat saya, ahli perniagaan tersebut dengan tegas mendidik anaknya untuk berdikari dan berusaha untuk memiliki sesuatu. Bukan dengan mudah meminta-minta untuk mencapai matlamat dihajati.
Difikirkan jika seseorang anak selalu berada dalam zon selesa dibelai ibu bapa dengan kemewahan. Tiada ciri-ciri gigih dan tabah dalam anak-anak kecil tersebut."You Want It, You must get It!"

Comments

nuargto said…
Salam perkenalan..

Betul tu saya setuju.. Untuk memastikan anak kita berjaya, kita perlu mendidik mereka supaya tidak berada dalam zon selesa..

Bila kita berasa susah, baru kita akan banyak belajar untuk mengenali kehidupan..
Naz said…
Ada betulnya tindakan beliau tu. Tapi x kanlah smpai menghalau anaknya sendiri. Mungkin ada cara yg lebih tepat utk memberikan pengajaran... Sekadar pendapat biasa saya..

Popular Posts