Formula 85/15

Ok pernah dengar ayat ni? 85% kejayaan adalah daripada kebaikan dan keberkesanan hubungan kemanusiaan. 15% kemahiran teknikal!

Ok saya ada satu cerita daripada seorang business partner berusia lewat 40 an. Dia cerita kat saya ada seorang tukang kebun yang sangat baik hati. Semua orang kampung kenal beliau dengan sikap jujur, pemurah, ringan tulang dan ada segala sikap positif. Orang kampung semuanya mempunyai hubungan yang baik dengan tukang kebun tersebut kerana beliau memang baik hati. Mungkin juga musuh dia buat kawan. Sampai musuh jadi kawan haha..

So nak diceritakan disini ialah tukang kebun tersebut mempunyai kebun yang agak luas dan hasil yang lumayan. Tapi yang peliknya ialah kebun tersebut tu takde pulak pagar canggih atau penjaga untuk mengelak dari kecurian atau haiwan. Kan sekarang ramai zombi(penagih dadah) dan lembu-lembu liar.

Ye, sekarang cuba teka kenapa perkara tu berlaku?

Pagar dan penjaga tu peranan siapa? of course semua orang kampung tu dengan ringan tulang menjaga kebun tu kerana tak sampai hati membiarkan kebun kawan baik mereka dirosakkan sesiapa atau sesuatu.
Ha dapat maksud isi tersirat? cubalah fikir-fikirkan.

Dapatkan sebanyak mungkin kawan baik. Tunjukkan keikhlasan anda. Anda akan senang hati dan bahagia selalu. Kita semua perlu fikir yang baik-baik supaya suatu hari nanti segala yang bagus datang menjelma.

Comments

Muttallif said…
Memang benar Fid, jika kita punyai hubungan yang baik dengan setiap manusia...ini memberikan peluang yang banyak kepada kita.

Peluang dari pelbagai segi yang kita sendiri tidak sangkakan. Itulah kelebihan yang bagus dengan meningkatkan hubungan sesama manusia
Fid"s said…
Ye betui tu, sebabtu kita perlu jalinkan hubungan yang baik dengan semua orang, itulah kunci untuk lebih maju kehadapan. Thanks Muttallif

Popular Posts