Game

Sebelum ini penulis ada menulis pasal video game. So apakah nilai permainan bagi anda semua? Keseronokkan semata-mata?
Ok macamni ada salah seorang yang pakar dalam perniagaan internet cakap. Kekayaan sebenar ialah keseronokkan dan kebahagiaan. So macamna dengan tanggungjawab mencari sumber kewangan? Kalo duk seronok je main video game 24 jam tanpa kerja macamana? mati kelaparan la korang haha...
By the way maksud beliau adalah anda semua kena hasilkan emosi gembira dengan perkerjaan anda, Try hasilkan emosi teruja, tercabar untuk meningkatkan prestasi kemajuan dalam bidang kewangan.
Penulis pernah dapat info dan nasihat dari guru masa tingkatan 5 dahulu. Pelajar cemerlang biasanya anggap pelajaran bukan sesuatu yang membosankan tetapi permainan yang menyeronokkan. Pelajar cemerlang tersebut anggap study sebagai satu permainan yang cool dan ada tekniknya. Sebabtu prestasi akademik pelajar tersebut meningkat. "Touch The Sky before You Drop" jika anda tahu teknik belajar yang berkesan.
So apa kaitan dengan Video game? Ok bagi pendapat penulis video game merupakan ciptaan manusia yang agak hebat kerana mampu menghasilkan emosi teruja, dan bersemangat untuk terus mencuba dan mencuba. Tujuannya ialah merasai keseronokkan mencuba dan bukan destinasi tujuan. Ini merupakan teknik yang baik untuk kita serapkan dalam kerja mencari sumber kewangan mungkin kerana-
VAK
VIdeo
Audio
Kinestetik
Inilah yang ada dalam video game yang dicipta oleh engineer perisian yang pakar.
Anda semua boleh cari tentang kaedah ni dalam internet dan penulis sendiri terjumpa kaedah ini semasa berkursus berkenaan kemajuan perniagaan. So ada seorang ahli perniagaan memberitahu penulis, Kenapa anda masih berada dalam takuk lama lagi?
Jawapan dia mudah je, Knowledge kurang haha

Comments

Popular Posts