Military technology Advance


Cuba Anda perhatikan teknologi ketenteraan milik Russia ini. Teknologi berkaitan Aviation iaitu pertahanan udara. Ia memberi inspirasi kepada penulis terhadap kemajuan teknologi dapat dicapai manusia melalui ketekunan dan minat mencipta. Manusia jika menggunakan kehebatan kreativiti akan dapat mencipta sesuatu teknologi yang luar biasa.

Bercakap pasal peperangan. Apa hikmahnya berlaku peperangan? Penulis tidak pernah berada dalam situasi peperangan dan tak mahu duduk dalam keadaan tu, Takut la dan tak mempunyai keberanian yang kuat untuk menghadapi semua tu. Itulah kelemahan penulis hehe. Ok jom kita bincang pasal hikmahnya.

Penulis ada baca sesuatu dari buku motivasi mengatakan sesuatu yang hebat tak akan tercipta jika tak berlakunya perperangan. Ada jugak seseorang cakap kepada saya, manusia akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa jika terdesak. Mungkin betul juga. Pernah anda dengar cerita terdapat seseorang yang tak pernah dapat lompat pagar tinggi tapi pada suatu hari dapat lompat? Apakah nilai pacuan yang dapat bagi dia melakukan perkara tersebut? Ok pada hari tu dia kena kejar oleh seekor anjing! oleh kerana terlalu takut digigit anjing tersebut kekuatan mental dan fizikal individu tersebut meningkat secara luar biasa.

Penulis pernah berjumpa dengan seorang ahli perniagaan yang mempunyai aset perniagaan bernilai puluhan juta ringgit. Beliau berusia 20 tahun lebih tua dari penulis dan pada masa itu berusia 40 tahun. Beliau guna ayat ni " DO OR DIE" dan belajarlah dari kesusahan. Sama juga maksud pasal individu yang lompat pagar tinggi tadi. Jika kita terdesak kita akan menghasilkan potensi luar biasa.

Comments

Muttallif said…
Memang benar Fiq. Perang menyebabkan manusia akan lebih banyak berfikir dan kreatif kerana satu perkara...MENANG!

Jadi, jika kita ingin MENANG, kita perlu berperang dengan diri sendiri, dengan keadaan sekeliling untuk meningkatkan diri.

Membuatkan ketahanan diri semakin mantap (keyakinan) dan membuat strategi semakin baik!

Post ini telah membuka minda taliff untuk terus berfikir! What a nice insight :)

Popular Posts