interesting product from amazon.com

Kehidupan bukan sekadar tentang kewangan sahaja. Duit bukan boleh beli kebahagiaan, adakah ianya betul? Memang betul duit semata-mata tak akan dapat membelikan rasa gembira kepada kita.

Tiada duit pun kita boleh rasa gembira. Dapat menghirup udara yg segar, tengok pemandangan semulajadi, tengok haiwan, kawan-kawan, pantai, rasa nyaman udara, sihat tubuh badan, bersenam itu free of charge. Tak perlu duit pun.


Ya betul
........
Duit juga mempengaruhi emosi. Cukup duit kita tak akan stress bayar bill. Kita akan gembira. Dapat beli makanan yg sedap, kita akan gembira. Dapat beli superbike yg mahal kita akan gembira. Takde hutang kita akan gembira. Dapat sedekah dengan jumlah yg banyak kita akan gembira. Duit cukup kita akan confident bila dalam perjalanan.

Betul,.... Duit juga bagi kesan emosi kepada kita. So jadi berusahalah berkerja bersungguh-sungguh. Kita akan gembira dan tenang.

Bila kita kewangan kukuh kita akan gembira dan jika kita bersyukur atas sesuatu yang percuma kita akan tenang. Jangan terlalu mengejar duit nanti kita akan kecewa. Jika kita kejar rasa syukur kita akan bahagia. Jika kita faham, kita akan cuba imbangi kedua-duanya.

Adakah betul😀😀😀

Comments

NA said…
Syukur segala-gala yang diberi. Allah akan tambah kalau kita bersyukur :)

-wina1979-

Popular Posts